SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SAYA...

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SAYA...
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG INI...

Friday, 2 December 2011

Mari Berpantun

PANTUN
   Pantun seperti yang dianggap ramai adalah satu bentuk puisi lisan Melayu yang bersifat peribumi. Bentuk pantun sama seperti bentuk puisi macapat di Jawa, tidak memperlihatkan pengaruh bentuk-bentuk prosodi India (mantara/matar/manir, shloka dan kavya) atau Arab/Parsi (syi’r/saj’) - dua tradisi besar yang paling kuat mempengaruhi sastera Melayu tradisional. Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, mungkin sudah berligar-ligar dalam bentuk kias-ibarat, usik-mengusik, uji-menguji di kalangan masyarakat pra-moden, pra-tulisan, sama seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa bersirat yang lain. Istilah pantun sendiri bagi orang Melayu seringkali digunakan untuk membawa maksud “umpama” atau “ibarat” (lih Za’ba,1965) Dalam ungkapan : “kami sepantun telur itik” atau “tuan sepantun kilat cermin” yang dijumpai dalam rangkap-rangkap pantun lama Melayu, membawa maksud “seperti atau umpama”. Istilah pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan. Lihat contoh ayat berikut yang dipetik dari Hikayat Hang Tuah (1975:182): “akan sekarang adalah seperti pantun orang ‘pagar makan padi’”. Dalam ayat tersebut istilah pantun digunakan sama dengan perumpamaan. Malah mengikut teori Wilkinson (1923) dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang, mulanya dua baris, kemudian empat baris dan seterusnya lapan baris.

No comments:

Post a Comment